Thursday, 29 January 2015

2015 Resolution

OMG!! Dah lama rupanya tak update blog ni. Dah setahun lebih kot!!! Just wanna share that 2014 was the most stressful year in my life. So, for this new year (belum terlambat lagi kot?) I want to make a resolution - Let by gone be by gone and be happy in life. Nampak mcm senang dan simple kan azam 2015 ni. Tp tuhan saja yg tahu betapa payahnya nak pegang pd azam ni.

Year 2014 mmg paling paling dan sangat sangat memeritkan bg I. Tak pernah rasa perit mcm ni. I tak sangka I boleh atasi cabaran dan dugaan ni semua. But I can't deny that until now rasa geram tu still ada. Tp nak buat mcm mana kan. Benda dah jd.

So I nak story kat sini apa jd pd hidup I in 2014. I want to write to express my feelings, my gratitude and the journey of my life. Dalam pahit ada manisnya. Lepas I clash back in 2013, baru I sedar rupanya I dah kena tipu. I kena tipu hidup2 dgn jantan tak guna tu. Mesti ramai akan cakap 'Masa sayang semuanya baik, semuanya manis. Tp bila dan benci, semuanya jd buruk dan jahat'. Hello!! Ni takde kena mengena dgn sayang or tak. Dulu I pernah jugak clash. Tp tak pernah rasa dendam dan benci mcm ni skali. Lps I clash tu still mengharap la yg si dia ni akan call or msg I pujuk ke apa kan (biasalah pompuan..oooppss!). Tp tak ada lansung ok! But tiba2 ada gal msg I. Tanya I kenal ke dia ni. Rupa-rupanya gal ni gf si dia. That's  mean dia ada gal ni and I at the same time. Mmg pandai betul kan mamat ni. Lps tu ada sorang lg gal contact I. Pun sama jugak claim kenal mamat ni. Entah lah dia ni main kayu brape ntah. Since I clash dgn dia sampai la dec 2014, I asyik terfikir kenapa la I kena tipu sampai mcm ni skali. Kenapa la I bodoh sgt sampai tak boleh nak bezakan org tu betul2 suka I or just nak mainkan I? It's very true that love is blind. Mmg I tak nampak apa2 yg fishy awal2 kenal dulu. Or maybe ada sikit fishy tp buat2 tak faham. Haha..padan muka kan!

In 2014, memang in each and every months I menangis. I menyesal kenal dgn mamat ni. Harta benda I hbs kena kikis dgn dia. I mintak balik apa yg dia dah amik. Tp sampai skrg dia tak nak pulangkan balik. At the same time I kena study. U ols boleh bayangkan tak betapa teruknya I masa tu? Betapa berkecamuknya otak I? Dgn nak study, fikir kena tipu, harta benda pun kena kikis. In 2014 dia kawin. Tp bukan dgn gf-gf dia yg contact I. Iskh..I tak tau la apa nak gelar mamat ni. Kasanova kot. In my whole life mmg tak sangka akan terjumpa dgn lelaki semcm ni. Punyalah hati-hati tak nak kena tipu. Last2 tipah tertipu jugak..huhu..

Now let's move to bright side. After I clash, mmg tak disangka-sangka I berkenalan dgn seorang gentleman. Haha..mesti semua cakap 'Ye lah..tgh bercinta kan'. Tp ini I nak share pd gals semua what is the meaning of 'JODOH'. Benda ni dtg pd kita spontaneously. Mmg tak sangka dia ni jodoh kita. Maybe he is among ur friends or a totally stranger. Mcm I, he is a completely stranger. I tak pernah kenal or jumpa dia. He was grown up in UK. I dok Malaysia. Mcm mana la nak kenal kan. Dia ada dgn I setiap kali I menangis. Dia tau sebab apa i sedih. Dia tau I stress dgn byk benda. Dia ada dgn I setiap masa. He is my friend, my companion and my lover. Dlm umur I yg dah semakin tua ni, I nak cari JODOH. Bukan setakat cinta. I nak quote Aliff Aziz punya ayat dlm final episode of Jodoh 2 "Jodoh itu kekal, cinta tu tak pasti lagi". So walaupun cinta mungkin tak la semekar mcm mula-mula couple dulu, tp hubungan akan kekal sbb masih ada JODOH. 

Yg pastinya I ada family yg sgt sayangkan I. My mum, dad, sisters semuanya bg kata2 semangat pd I. I rasa dah berbuih-buih kot. Sbb I ni degil sket. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Harini rasa ok, esok nangis balik. Sob..sob.. Pernah sampai satu ketika rasa nak terjun bangunan. Mmg tak sanggup  nak hadapi semua ni lg. Nauzubillah...Mak slalu cakap, I ada lelaki yg sgt sayangkan I,  bersabar dgn I, sudi terima baik buruk I, ada kerja yg bagus, education yg baik, family yg care pasal I, takkan lah nak musnahkan semuanya sebab jantan tak guna ni?!! Ntah lah. I rasa mamat ni pun mmg sengaja nak musnahkan hidup I. Dia buat aniaya pd hidup I betul2 masa I nak start blaja. Kenapa la wujud manusia mcm ni skali kan. Mmg jahat yg amat!
 
Alhamdulillah...syukur pd rahmatmu Ya Allah. Mmg betul lah it's not easy to be successful. Byk betul dugaannya. Hari2 berdoa mohon supaya dikeluarkan dari segala masalah ni. Selepas berjaya harungi cabaran ni, baru nampak sinarnya. Chewah!! Puitis jugak kan I ni. Now i dah bertunang. Lg brapa bulan lg nak kawin. Hehe.. I pun dh hbs blaja. Walaupun dgn stress mcm ni, I berjaya hbskan jgk dgn takde fail paper and pointer above 3.5. Tak sangka betul dpt hbskan study ni. Then I dpt naik pangkat. So ada lah rezeki lebih. I pun ada run bisnes with my family. Mula2 mmg tough. But now dh mula menunjukkan hasil. Bila I fikir balik, lg byk yg I dpt balik lepas apa yg terjadi pd I. Mmg la rasa stress sampai nak mati je bila kena tipu dan aniaya. Tp kita tak nampak apa hikmah utk selepas itu. I pun nampak hikmah tu lepas setahun lebih I menangis. Now I couldn't ask for more. Cuma i harap semoga JODOH I ni berkekalan hingga ke akhir hayat.

In 2015, I nak lupakan semua. I nak focus pd apa yg I dah ada skrg ni. I nak jaga semua ni baik2 dari I kenang apa yg dah terjadi pd I. One thing that until now I couldn't do - HALALKAN apa yg dia dah ambil dr I. Benda ni mmg tak akan terjadi. Sakit kot kena tipu dan aniaya. Sampai akhirat pun I tak akan halalkan semuanya. I akan lebih berhati-hati lepas ni. Mmg byk sgt manusia jahat di luar sana. Luaran nampak baik, nampak alim. Tp takde siapa boleh nampak rupanya ada setan kat dalam. Berhati-hatilah semua. Sesiapa sahaja boleh jd mangsa.