Thursday, 28 January 2016

Paramount Coffee House Bangi - Review

Semalam ajak husband dinner kat Paramount Coffee House. We arrived quite late around 9.45pm. Nasib baik boleh order lagi. Tutup pukul 10.30pm.




So this is the menu. Ada  nasi lemak, nasi ayam, western food, spaghetti and yang paling best waffle lah. Macam2 jenis ada. Ada banana, oreo, mix fruits. Tengok gambar dalam menu ni pun terliur. We ordered Spaghetti Carbonara, Chicken Chop and Oreo Vanilla Waffle. Air pulak order Iced Cappucino and Iced Caramel Macchiato.

Dalam 15 minit tunggu sampai la semua yg we've ordered. Spaghetti sedap.Tak kedekut cheese. Habis sepinggan. Hubby makan chicken chop. Nampak berselera dia makan. Licin jugak. Hehe..
Sambil makan spaghetti tu mata asyik menjeling pada waffle. Memang tempting sangat nak makan. Tp nak habiskan spaghetti dulu. Nanti bila dah makan waffle, spaghetti tak boleh habiskan pulak.

Spaghetti Carbonara

Iced Caramel Macchiato

Chicken Chop







Once finished my spaghetti, apa lagi terus la ngap waffle. Dalam hati mesti manis melekit rasa waffle ni.Tp bila dah makan, rasa manis dia memang sedap2 je. Tak manis sgt. Waffle pun garing. Ada 1 scoop of oreo vanilla ice-cream on top. Seriously..waffle dia sedap. Tak muak walaupun dah makan sepinggan spaghetti. Tapi kena bungkus jugak waffle tu bawak balik. Sebab dah nak pukul 11pm. Tinggal kita berdua je customer. Kesian pulak kan staff nak kemas meja basuh pinggan semua.

Nampak sedap kan?

Overall memang rasa sangat puas hati dapat makan kat sini.Tempat pun cantik ala-ala hipster. Cepat jugak dapat order. Kalau u ols pegi try la rasa waffle dia. Maybe jugak boleh try nasi lemak or nasi ayam ke. Kalau nak tau menu and tempat kat mana, sila layari
https://www.facebook.com/paramountcoffeehouse/?fref=ts




Thursday, 29 January 2015

2015 Resolution

OMG!! Dah lama rupanya tak update blog ni. Dah setahun lebih kot!!! Just wanna share that 2014 was the most stressful year in my life. So, for this new year (belum terlambat lagi kot?) I want to make a resolution - Let by gone be by gone and be happy in life. Nampak mcm senang dan simple kan azam 2015 ni. Tp tuhan saja yg tahu betapa payahnya nak pegang pd azam ni.

Year 2014 mmg paling paling dan sangat sangat memeritkan bg I. Tak pernah rasa perit mcm ni. I tak sangka I boleh atasi cabaran dan dugaan ni semua. But I can't deny that until now rasa geram tu still ada. Tp nak buat mcm mana kan. Benda dah jd.

So I nak story kat sini apa jd pd hidup I in 2014. I want to write to express my feelings, my gratitude and the journey of my life. Dalam pahit ada manisnya. Lepas I clash back in 2013, baru I sedar rupanya I dah kena tipu. I kena tipu hidup2 dgn jantan tak guna tu. Mesti ramai akan cakap 'Masa sayang semuanya baik, semuanya manis. Tp bila dan benci, semuanya jd buruk dan jahat'. Hello!! Ni takde kena mengena dgn sayang or tak. Dulu I pernah jugak clash. Tp tak pernah rasa dendam dan benci mcm ni skali. Lps I clash tu still mengharap la yg si dia ni akan call or msg I pujuk ke apa kan (biasalah pompuan..oooppss!). Tp tak ada lansung ok! But tiba2 ada gal msg I. Tanya I kenal ke dia ni. Rupa-rupanya gal ni gf si dia. That's  mean dia ada gal ni and I at the same time. Mmg pandai betul kan mamat ni. Lps tu ada sorang lg gal contact I. Pun sama jugak claim kenal mamat ni. Entah lah dia ni main kayu brape ntah. Since I clash dgn dia sampai la dec 2014, I asyik terfikir kenapa la I kena tipu sampai mcm ni skali. Kenapa la I bodoh sgt sampai tak boleh nak bezakan org tu betul2 suka I or just nak mainkan I? It's very true that love is blind. Mmg I tak nampak apa2 yg fishy awal2 kenal dulu. Or maybe ada sikit fishy tp buat2 tak faham. Haha..padan muka kan!

In 2014, memang in each and every months I menangis. I menyesal kenal dgn mamat ni. Harta benda I hbs kena kikis dgn dia. I mintak balik apa yg dia dah amik. Tp sampai skrg dia tak nak pulangkan balik. At the same time I kena study. U ols boleh bayangkan tak betapa teruknya I masa tu? Betapa berkecamuknya otak I? Dgn nak study, fikir kena tipu, harta benda pun kena kikis. In 2014 dia kawin. Tp bukan dgn gf-gf dia yg contact I. Iskh..I tak tau la apa nak gelar mamat ni. Kasanova kot. In my whole life mmg tak sangka akan terjumpa dgn lelaki semcm ni. Punyalah hati-hati tak nak kena tipu. Last2 tipah tertipu jugak..huhu..

Now let's move to bright side. After I clash, mmg tak disangka-sangka I berkenalan dgn seorang gentleman. Haha..mesti semua cakap 'Ye lah..tgh bercinta kan'. Tp ini I nak share pd gals semua what is the meaning of 'JODOH'. Benda ni dtg pd kita spontaneously. Mmg tak sangka dia ni jodoh kita. Maybe he is among ur friends or a totally stranger. Mcm I, he is a completely stranger. I tak pernah kenal or jumpa dia. He was grown up in UK. I dok Malaysia. Mcm mana la nak kenal kan. Dia ada dgn I setiap kali I menangis. Dia tau sebab apa i sedih. Dia tau I stress dgn byk benda. Dia ada dgn I setiap masa. He is my friend, my companion and my lover. Dlm umur I yg dah semakin tua ni, I nak cari JODOH. Bukan setakat cinta. I nak quote Aliff Aziz punya ayat dlm final episode of Jodoh 2 "Jodoh itu kekal, cinta tu tak pasti lagi". So walaupun cinta mungkin tak la semekar mcm mula-mula couple dulu, tp hubungan akan kekal sbb masih ada JODOH. 

Yg pastinya I ada family yg sgt sayangkan I. My mum, dad, sisters semuanya bg kata2 semangat pd I. I rasa dah berbuih-buih kot. Sbb I ni degil sket. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Harini rasa ok, esok nangis balik. Sob..sob.. Pernah sampai satu ketika rasa nak terjun bangunan. Mmg tak sanggup  nak hadapi semua ni lg. Nauzubillah...Mak slalu cakap, I ada lelaki yg sgt sayangkan I,  bersabar dgn I, sudi terima baik buruk I, ada kerja yg bagus, education yg baik, family yg care pasal I, takkan lah nak musnahkan semuanya sebab jantan tak guna ni?!! Ntah lah. I rasa mamat ni pun mmg sengaja nak musnahkan hidup I. Dia buat aniaya pd hidup I betul2 masa I nak start blaja. Kenapa la wujud manusia mcm ni skali kan. Mmg jahat yg amat!
 
Alhamdulillah...syukur pd rahmatmu Ya Allah. Mmg betul lah it's not easy to be successful. Byk betul dugaannya. Hari2 berdoa mohon supaya dikeluarkan dari segala masalah ni. Selepas berjaya harungi cabaran ni, baru nampak sinarnya. Chewah!! Puitis jugak kan I ni. Now i dah bertunang. Lg brapa bulan lg nak kawin. Hehe.. I pun dh hbs blaja. Walaupun dgn stress mcm ni, I berjaya hbskan jgk dgn takde fail paper and pointer above 3.5. Tak sangka betul dpt hbskan study ni. Then I dpt naik pangkat. So ada lah rezeki lebih. I pun ada run bisnes with my family. Mula2 mmg tough. But now dh mula menunjukkan hasil. Bila I fikir balik, lg byk yg I dpt balik lepas apa yg terjadi pd I. Mmg la rasa stress sampai nak mati je bila kena tipu dan aniaya. Tp kita tak nampak apa hikmah utk selepas itu. I pun nampak hikmah tu lepas setahun lebih I menangis. Now I couldn't ask for more. Cuma i harap semoga JODOH I ni berkekalan hingga ke akhir hayat.

In 2015, I nak lupakan semua. I nak focus pd apa yg I dah ada skrg ni. I nak jaga semua ni baik2 dari I kenang apa yg dah terjadi pd I. One thing that until now I couldn't do - HALALKAN apa yg dia dah ambil dr I. Benda ni mmg tak akan terjadi. Sakit kot kena tipu dan aniaya. Sampai akhirat pun I tak akan halalkan semuanya. I akan lebih berhati-hati lepas ni. Mmg byk sgt manusia jahat di luar sana. Luaran nampak baik, nampak alim. Tp takde siapa boleh nampak rupanya ada setan kat dalam. Berhati-hatilah semua. Sesiapa sahaja boleh jd mangsa.

Wednesday, 23 October 2013

Facebook - Kadang2 bosan jugak.

Hello everyone. Kali ni i nak bgtau pasal Facebook a.k.a FB. At 1 time, i lama tak tgk fb, upload gambar or update status. Reason y? Hurmm..ada beberapa sbb yg membuatkan kdg2 i bosan  sikit dgn fb. 

1. Status2 yang memualkan. Contoh kdg2 ada yg update status "Add awek jd member tp tak approve. Ko igt ko lawa ke?" "Tegur awek tak layan pun". Adui..status mcm ni pun nak masuk fb ke? Kdg2 awek pun malas nak layan org yg x kenal sgt ni. Mana tau dia dah ada bf ke. 

2. Kerap tukar profile pic gambar cun2. Bila org cakap cantik dia reply "Ye ke sy cantik? Sy gemuk la awk, tak cun pun". Then tukar profile pic lg letak gambar cun jgk. Komen pun lebih kurang sama je. It's on and on. Then pusing2 gambar yg sama je sebenarnya. 

3. Jeles tgk kawan yg bahagia dgn pasangan/keluarga masing2. Haha.. Ye la nak jugak kan ada org yg caring pasal i. Ada anak, dpt present dr bf/hubby. Loving2 gitu.

4. Byk sgt mengutuk org. Status asyik nak hentam org je. Tak puas hati dgn org tu la, org ni la. Ada org ganggu kehidupan dia la. Come on beb, semua org akan ada rasa x puas hati. Tp adat la kehidupan kan. Tak semua org baik.

5. Jual produk/ MLM. Byk betul skrg org jual produk ni. Shaklee, tudung, tupperware. Hurmm maybe bagus to market a business tp jgn la over sgt. Pagi, tghari, ptg, mlm asyik minum Shaklee je. Lg sihat dan bertenaga. Tak payah makan pun xpe. Nampak sgt la over. Bgtau tudung and tupperware limited edition. Laku mcm goreng pisang panas. But actually kat luar pun ada jual. Harga pun lagi murah siap ada diskaun pulak.

6. Status/gambar yg menunjukkan kekayaan. Ada yg letak gambar beli gelang emas siap dgn tag harga lagi. Gambar semua pergi oversea saja. Cuti2 Malaysia tak main la. Shopping pun mesti beli yg branded item. Handbag paling cikai pun Coach. Tp tak semua org kaya dlm fb ni. Ada tu nak makan Mcd pun berkira-kira tak cukup duit.  Tunggu gaji masuk baru la boleh makan yg sedap2 sket.

Benda2 kat atas ni byk sgt muncul kat news feed i. Kdg2 jeles jgk tgk org lain yg kaya2 tu. Hidup mcm x pernah ada masalah. Awek/bf petik jari je 10 dtg. Dpt hubby yg caring sgt. Mcm dia sorang la ada hubby dlm dunia ni. Huhu.. Tp sebenarnya bila pk balik takkan sebab wujudnya org yg mcm ni kita nak sekat diri kita dr bukak fb kan? Diorg pun tak tau yg kita kdg2 jeles dgn diorg. Apa nak buat? Just ignore them! Tak payah la gatal nak enlarge pic, stalk album org lain tgk dia shopping apa, holiday kat mana. Bg status yg memualkan tu, anggap je la dia kurang kasih sayang atau budak2 lg. Dah besar nanti ok la tu. 

Now i'm back in fb again. Best sebenarnya fb ni. Boleh tau cerita terbaru kawan2, diorg kerja mana, dah kawin/ada anak ke belum and still can keep in touch dgn diorg. Ada jgk info2 berguna yg ramai org share dlm fb ni. Byk tips, kata2 motivasi, berita terkini,  pandangan ahli bijak pandai semua ada dlm fb. Kita pun boleh like fan page and tau apa aktiviti our favorite artist. Apa lagi, jom kita FB!

Sunday, 20 October 2013

HOMST TTDI

Yesterday i went to TTDI to have my dinner with my sis and bro in law. We had our dinner at Homst, a delicious Chinese Muslim Restaurant. Ambil nasi putih and order la lauk yang kita nak. Ada macam-macam lauk with affordable price. Boleh pilih size hidangan S,M or L. Masakannya mmg sedap and cara masak lain dari masakan Melayu. So if anybody want to try Chinese's cook can come here and hope u enjoy the food!

Below is the pics of what we had for our dinner. Total price RM80++
 
Sang Kong Taufu (S)
Butter Prawn (S)
Kerapu Sweet & Sour (S)
Golden Lala (S)

Thursday, 17 October 2013

The truth: Lelaki tak semua baik.

      Entry kali ni i nak story pasal guys. Harini i kena tengking cukup2 dgn ex i. Reason: Sebab i mintak duit i balik. Haha..it's sound pathetic right. I mintak duit i balik tp i pulak yg kena tengking. Very unfair!

      So...pesanan ini khas utk kaum wanita - jgn sekali-kali bg bf/tunang pinjam duit. Kalau dah jd hubby lain cerita lah. Please take home this message seriously.

      I dulu byk baca pasal laki pinjam duit gf b4 i couple dgn ex lg. These hot topic was all over the internet, in the magazines and newspapers. Sampai cakap dlm hati, kenapalah gal ni senang sgt terpengaruh kan. Tp sebenarnya i tak tau "How a man can make a woman lend him some money?"

      Mcm ni caranya:
1) Biasalah berkenalan, tanya khabar. Then dia akan tanya kerja apa? Ada degree ke? Kalau keje gomen lg la dia suka.
2) Lps tu dia akan cerita semua yg hebat2 pasal diri dia. Seorang businessman. Have a vast experience in corporate world. B4 jd businessman pernah kerja dgn company yg hebat2 belaka.
3) Dia akan cakap skrg ni nak cari gal utk dijadikan wife. Yg boleh hidup susah senang sama2. Dah puas dah kenal dgn gals yg materialistic and plastic. 
4) Kita pun akan percaya la cakap dia. Sbb dah stable & nak settle down kan. Bukan jenis guy yg nak main2 lagi.
5) Lps dah suka biasalah ajak dating and couple. Biasanya within a month kenal dah nak couple. Sbb dia nak cari calon isteri kan.
6) Mula cerita bisnes ada problem. Urgently need some money for the sake of his business. Kalau kita ragu2 mulalah cakap "Awak ni tak boleh nak hidup susah dgn sy ke? Macam mana nak jd wife sy kalau sy susah dah separuh mati ni awak tak nak tolong saya?" Kita ni pun kesian and fikir kononnya dia akan jd bakal husband then kita pun tolong la bg pinjam duit.
7) Once kita start bg - it will never ended. Percayalah!! Mcm2 alasan dia akan bg utk kita rasa kesian and nak sgt berkorban utk dia. Masa ni kita mmg dah cinta sepenuh hati lah. Sanggup susah senang sama2. Buat apapun sanggup utk kesenangan dia. Biar kita susah sikit takpe. (This is the foolish thing that i ever did).
8) Kita akan mula perasan actually dia tak amik berat pasal kita pun. Masa nak duit je dia akan start msg/call byk kali. Bila x mintak duit, mcm layan x layan je. Reason: Bz keje, takde mood, stress nak fikir masalah.
9) Now kita pulak susah. Biasalah hidup ada turun-naik kan. Time ni mmg dia akan diam seribu bahasa. Msg tak balas. Call x angkat. Jeng..jeng.. Mana pergi org yg nak hidup susah senang bersama?
10) Bila problem kita dah settle (of coz la kita settlekan sorang2) baru lah dia muncul balik. Mulalah cakap dia tak diam/hilangkan diri.  Tp buntu sbb tak tau nak tolong mcm mana. Dia takde daya nak tolong. Then duit kita yg dulu2 kita bg pinjam sampai skrg tak bayar2 lagi ok.
11) Kita cuba maafkan. Tp benda ni kita akan igt sampai bila2. Dah mula timbul rasa was2 pd dia. Is he an honest guy? Is he the suitable person to be my husband? Is he the One? Baru susah sket dah tinggalkan kita.
12) Kita akan ungkit dan ungkit apa yg dia dah buat pd kita. Selalu gaduh. Until at one point we feel that this relationship cannot go any further. Break off is the best way for both of us.
13) Dah break off mestilah nak duit kita balik jgk kan. So masa ni mulalah kena tengking. Cakap xde duit. Mula rimas dgn kita. Nanti baru bayar. Haha..masa ni nasi pun dah jadi bubur.

So..my conclusion is bila guy nak pinjam duit tolonggg lah jgn bg. Mmg kita dah cinta kat dia masa tu. Rasa nak berkorban sgt2 utk dia. Tp sebenarnya dia hanya mengambil kesempatan. He is not the One. Trust me, it was happen to me. Mmg i bodoh dan menyesal berkorban utk dia. Jgn jd kat org lain pulak ye. Skrg ni cuma doa je la dia dpt pulangkan duit i balik. Bukan sikit tau. :(

Wednesday, 16 October 2013

Journal oh journal!

Harini ramai dah start bekerja. So I yang student ni duduk la rumah buat cara student - 'reading journals'. Huh...bosannya baca journal. Paper which is full with text and numbers. All with small letters and the sentences that are not easy to understand. Macam mana la agaknya lecturer2 yang boleh baca at least 1 journal paper per day? Tak dapat bayangkan!! Kadang2 terfikir jugak "Kenapala aku kena baca journal"? Kan senang terus baca buku teks je. Haha.. Sorry la merapu. Kepala tgh serabut tengok tulisan. I think it's time for me to take some rest and recharge my brain. A nap perhaps?

Tuesday, 15 October 2013

Hari Raya Aidiladha & JPO

My Mom's Curry Mee. Colourful kan?



         Harini mak masak mee kari sempena raya haji. Betul la org cakap "Mom's cook is always the best!" It's so YUMMY! Hehe.. Sambutan hari raya haji utk family i tak la semeriah mana.Takde la pegi beraya ke rumah sedara pun. 

         So in the afternoon sempat la pegi Johor Premier Outlet (JPO) with my sisters. Means Ladies Day Out la ni. I was just planning to do some window shop. But in the end - i bought a handbag and a shirt. Bcoz got SALES!!! Women can become crazy when they saw 'sale' signboard. Terus ada adrenaline rush and all in sudden the urge increase to buy at least one item. Hurmm..only gals yg faham of what i mean. Tp nasib baik la kaki melecet after an hour berjalan. Nak kena gigit sandle ni. So kena stop berjalan and balik rumah. Kalau tak...adui..

Takde org sgt. Semua pegi beraya kot.

Sweet & simple. Tak besar, tak kecik